‘Seriuslah Apek?’ – Video peluk Kak KM cetus perdebatan hangat | The Reporter

‘Seriuslah Apek?’ – Video peluk Kak KM cetus perdebatan hangat

Saiful Apek berpelukan dengan Kak KM dalam video yang tular.
Ramai tak sangka video ni boleh jadi bahan perbincangan hangat

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Tindakan pelawak terkenal, Saiful Apek, yang berpelukan dengan usahawan kosmetik, Liana Rosli atau Kak KM dalam satu majlis baru-baru ini mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.

Video berkenaan yang dimuat naik di media sosial menunjukkan mereka berdua berpelukan sebelum Saiful Apek memberikan nasihat berkenaan kehidupan.

Difahamkan, video itu dirakamkan dalam sebuah majlis preview bufet Ramadan yang diadakan di sebuah hotel di Damansara, Selangor. Sehingga kini, masih belum ada sebarang kenyataan rasmi atau penjelasan daripada pihak Saiful Apek mahupun Kak KM mengenai kontroversi yang timbul.

Perkara itu menimbulkan rasa kurang senang kerana Apek sebelum ini dikenali dengan imej yang lebih bersifat Islamik. Ramai menyuarakan kekecewaan, mengatakan bahawa perbuatan tersebut tidak selari dengan batas yang sepatutnya dijaga sebagai seorang lelaki Muslim, lebih-lebih lagi apabila individu yang dipeluk itu merupakan seorang wanita yang sudah berkahwin.

Sebahagian besar netizen mempertikaikan tindakan tersebut, menyifatkannya sebagai tidak wajar dan bertentangan dengan ajaran agama.

Ada yang meluahkan rasa terkejut kerana sebelum ini mereka melihat Apek sebagai individu yang lebih berhati-hati dalam menjaga batas pergaulan. Malah, ada yang membandingkan situasi ini dengan kes-kes lain yang pernah mendapat perhatian pihak berkuasa agama, dan mempersoalkan mengapa dalam kes ini tiada sebarang tindakan diambil.

Selain itu, ramai juga yang kecewa kerana perbuatan seperti ini boleh menjadi contoh yang kurang baik kepada masyarakat. Mereka berpendapat, sebagai seorang figura awam, Apek sepatutnya lebih peka terhadap tindakannya kerana apa yang dilakukan boleh memberi pengaruh kepada peminatnya.

Related Posts