Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Penduduk penempatan haram di Moran Street, Tiberias, Israel berdepan situasi mencemaskan apabila kawasan kediaman mereka diserang ular hampir setiap hari sejak sebulan lalu. Kejadian itu menimbulkan ketakutan dalam kalangan keluarga yang bimbang keselamatan anak kecil.
Menurut laporan Maariv, ular ditemui di dalam rumah, tangga dan halaman. Ada yang mendakwa reptilia itu turut muncul berhampiran sangkar haiwan peliharaan dan ruang dapur.
Seorang penduduk berkata mereka seperti hidup dalam “filem seram” apabila anaknya yang bangun untuk minum air menemukan seekor ular di dalam sangkar anjing. Ular kecil dipercayai baru menetas juga dilaporkan dijumpai di ruang tamu.
Baca juga:
- ‘Saya nak brek, tapi tertekan pedal minyak’ – Pemandu cuai langgar 20 murid sekolah
- Enggan tukar tempat duduk tepi tingkap dengan budak, wanita fail saman selepas video tular
- AS minta pelancong serahkan rekod media sosial lima tahun sebelum dibenarkan masuk
Penduduk mendakwa keadaan semakin buruk biarpun pihak majlis sebelum ini menghantar penangkap ular. Mereka menuduh pihak berkuasa tidak menyiasat punca sebenar gangguan, termasuk kemungkinan wujud sarang di bawah bangunan.
Majlis bandaraya mengesahkan menerima aduan dan memanggil penangkap ular untuk menilai langkah kawalan serta pembasmian yang lebih sesuai. Namun, penduduk menegaskan tindakan hanya dibuat di kawasan awam, bukan di sekitar atau di dalam bangunan.
Seorang wanita berkata, punca mungkin dari kawasan lapang berdekatan tetapi sehingga kini tiada penyelesaian menyeluruh. Beberapa penduduk turut melaporkan kehadiran kala jengking, menambahkan lagi ketakutan mereka.
Seorang lelaki menyamakan keadaan itu seperti hidup dalam “Jurassic Park” dan percaya pihak berkuasa hanya akan bertindak serius selepas berlaku insiden buruk.
Penduduk kini menuntut pembersihan besar-besaran serta siasatan menyeluruh demi keselamatan komuniti.
Sumber: Roya News








