Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
lam tadi berakhir Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) yang menyaksikan kumpulan Sarkas dinobatkan sebagai juara.
Semasa pusingan kedua, kumpulan Sarkas telah menjemput selebriti undangan iaitu Shuib menerusi tema ‘Lokasi Fiesta’.
Kemunculan Shuib menarik perhatian ramai apabila membawa motosikal roda tiga yang mengimbau kenangan ketika bersama kumpulan Sepah.
Dalam persembahan tersebut juga, diselitkan unsur sahabat yang turut meruntun emosi penonton termasuk Mamat Sepah yang hadir menyaksikan persembahan.
Persembahan Sarkas dan Shuib pada malam itu mendapat tepukan gemuruh dari penonton.
Ulasan dan komen juri Saiful Apek juga membuatkan penonton dan netizen berasa tercuit dengan kata-kata Saiful Apek berkenaan dengan sahabat.
“Sahabat ibarat cermin, jika dia menangis, maka kita pun ikut menangis.
“Ukhwah ibarat tasbih ada permulaan, tiada pengakhiran,” katanya.
Ramai yang menganggap kata-kata Saiful sebaga satu kata-kata keramat yang boleh dijadikan sebagai peringatan.
Terdahulu,Sarkas yang dianggotai oleh Danial Sani, Shashic dan pempengaruh Acap S merangkul juara dan membawa pulang hadiah utama berjumlah RM150,000 beserta trofi.