'Seni bukan semata-mata untuk mencipta nama tapi dapat dekatkan diri saya dengan masyarakat' - The Reporter

‘Seni bukan semata-mata untuk mencipta nama tapi dapat dekatkan diri saya dengan masyarakat’

Sumber Gambar: Instagram CTDK

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Penyanyi terkenal negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza diangkat sebagai Biduanita Negara selepas menerima Anugerah Khas Biduan Negara.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan dalam majlis Anugerah Seni Negara (ASN) di Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau menzahirakn ucapan penghargaan kepada semua pihak yang membantunya dalam membina kerjaya seni dan menganggap pengiktirafan tersebut merupakan anugerah besar bagi dirinya.

“Bagi saya, ini merupakan anugerah yang besar untuk saya. Prinsip saya dalam kerja atau sayang saya lakukan, saya harus memberi sumbangan dan kita semua ada peranan dalam kerjaya kita.

“Insya-Allah saya akan terus berikan yang terbaik untuk industri muzik tanah air dan bawa muzik kita ke peringkat lebih jauh lagi, lebih tinggi,” katanya.

Katanya juga, seni adalah bukan semata-mata untuk mencari populariti atau nama, tetapi dapat dekatkan diri pada masyarakat.

“Seni bukan semata-mata untuk mencipta nama tapi dapat dekatkan diri saya dengan masyarakat.

“Saya dapat bertemu peminat, pelbagai latar belakang, mendekati masyarakat pelbagai bangsa, memperkenalkan negara melalui persembahan di luar negara.

“Saya gembira kerana kerjaya seni ini telah mematangkan diri saya untuk memberikan inspirasi, contoh serta pengaruh yang baik dalam masyarakat,” katanya.

Dalam anugerah berkenaan beliau akan menerima wang tunai RM30,000, kain songket, watikah serta trofi dan status sebagai Seniman Tamu.

Sumber: Astro Awani

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!