CEO GISBH, Nasiruddin Mohd Ali, kehilangan gelaran 'Datuk' | The Reporter

CEO GISBH, Nasiruddin Mohd Ali, kehilangan gelaran ‘Datuk’

Gelaran Datuk CEO GISBH

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings (GISBH), Nasiruddin Mohd Ali, kehilangan gelaran Datuk selepas Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang dianugerahkan kepadanya ditarik balik serta-merta.

Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Azhar Arshad, memaklumkan bahawa keputusan ini dibuat selepas Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam, menerima nasihat daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

“Penarikan balik darjah kebesaran ini selaras dengan kuasa `prerogatif’ (istimewa) Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam Perkara 34B, Bahagian IV, Perlembagaan Negeri Melaka,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Nasiruddin, yang menerima gelaran itu pada 25 Ogos lalu, kini telah dikeluarkan daripada senarai Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Tahun 2024. Sehubungan itu, beliau tidak lagi dibenarkan menggunakan gelaran Datuk.

Beliau juga diminta menyerahkan semula darjah kebesaran tersebut kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh.

Sumber: Harian Metro

Related Posts