Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang pengguna TikTok, CEO Heelmie Fighter, mempersoalkan gaya hidup mewah pelawak dan usahawan Shuib serta keluarganya, khususnya ketika menunaikan umrah menggunakan pakej eksklusif.
“Pergi umrah dengan pakej mewah, mewah sana sini mewah kau ni,” kata Heelmie dalam satu hantaran video.
Kenyataan itu menarik perhatian ramai, termasuk isteri Shuib, Watie Hanifiah, yang tampil memberikan penjelasan bagi menafikan dakwaan yang dianggap tidak berasas.
“Saya terpanggil hari ni untuk buat penjelasan sebab nampaknya makin ramai yang dah terbuat fitnah tanpa sedar. Kaitkan soal umrah dan isu syarikat suami saya,” kata Watie.
Tegas beliau, meskipun perkara tersebut tidak perlu dijelaskan, tindakan itu diambil bagi mengelakkan salah faham berterusan.
“Soal bersedekah dan pahala ni memang seeloknya dibuat dalam diam. Tapi nampaknya bila didiamkan, makin banyak yang dah tersalah anggap,” jelasnya lagi.


Menurut Watie, rezeki yang diperoleh adalah hasil usaha dan berkat menjaga keluarga, dan dia tidak melihat salahnya berkongsi rezeki bersama suami dan anak-anak.
“Alhamdulillah berkat menjaga anak-anak, rezeki yang Allah bagi pada saya, dapat saya berkongsi dengan suami dan anak-anak. Dan saya rasa ramai je isteri yang sanggup berhabis untuk kebahagiaan rumah tangga,” katanya.
Beliau turut meminta agar isu gaya hidupnya tidak dibandingkan dengan kehidupan Shuib bersama arwah isterinya, Siti Sarah, bagi menjaga perasaan semua pihak.
“Yang mana komen dan risau tu, insha-Allah harta arwah elok tersimpan rapi untuk anak-anaknya. Saya tak sentuh. Hopefully sama-samalah kita menjaga kata-kata,” katanya lagi.
Sumber: Instagram Watie








