'Semoga kekal hingga syurga' - Hafidz Roshdi & Athira Yuhada sah jadi suami isteri - The Reporter

‘Semoga kekal hingga syurga’ – Hafidz Roshdi & Athira Yuhada sah jadi suami isteri

Tiga hari lalu, media melaporkan pelakon Hafidz Roshdi bakal mendirikan rumah tangga dengan wanita idamannya, Athira Yuhada pada 16 Disember ini.

Bagaimanapun, Hafidz enggan mengesahkan perkhabaran itu dan mengunci mulut. Bekas suami kepada Nurul Shuhada Shukri itu berkata, dia hanya akan berkongsi kepada umum apabila tiba masanya.

Hari yang dinantikan sudah tiba, Hafidz dan Athira dilaporkan telah sah menjadi pasangan suami isteri.

Perkara itu dikongsikan oleh Hafidz melalui akaun Instagramnya baru sejam yang lalu yang menunjukkan kedua-duanya memakai busana serba putih. Hafidz kelihatan tersenyum lebar ketika bersalaman dengan isterinya di atas pelamin.

Bagaimanapun, ruangan komen ditutup dan hanya beberapa individu sahaja yang sempat mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin baharu itu.

Hafidz sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada Shukri pada 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Bagaimanapun, hubungan mereka tidak berpanjangan dan bercerai pada Julai lalu disebabkan kehadiran orang ketiga.

Sumber: Instagram Hafidz Roshdi

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!