Sebelum ini, pelakon Que Haidar diumumkan sebagai Duta Jakel 2026, seorang figura yang dikenali dengan karisma dan kelas tersendiri. Beliau pernah tular menerusi sebuah video yang menggunakan lagu trending ‘Aduh Jamilah’, dan pelantikan ini menerima sambutan positif daripada netizen.
Selepas Que Haidar, seorang lagi selebriti popular kini telah dipilih sebagai Duta Jakel 2026. Kamal Adli muncul sebagai pilihan seterusnya jenama pakaian terkenal itu.
Dalam video yang dikongsikan, Kamal hadir ke pejabat Jakel, berbaju kemeja dan berkaca mata hitam.
“Misteri terjawab. Dialah pilihan kami. Mempersembahkan Kamal Adli sebagai Duta Jakel 2026. Bersedia untuk tahun yang lebih bergaya buat semua peminat Jakel,” tulis Jakel di Instagram.
Baca juga:
- Bekas peserta progam realiti dipenjara 10 hari, gagal bayar RM108,200
- Jururawat dedah Azhan Rani konsisten derma darah setiap dua minggu
- Pelakon wanita mengaku tak bersalah kes tuntutan palsu insentif PERKESO
Sejak isu rumah tangga Kamal mula menjadi perhatian, beliau terus menerima pelbagai tawaran, termasuk daripada jenama makanan perap terkenal, Pak Mat Western.
Seperti Que Haidar, pemilihan Kamal juga dipersetujui netizen. Beberapa selebriti turut dilihat meninggalkan komen, mengucapkan tahniah atas pencapaian tersebut.








