Selepas muat naik hantaran bendera, pemilik NKS kecewa diserang komen negatif | The Reporter

Selepas muat naik hantaran bendera, pemilik NKS kecewa diserang komen negatif

Hantaran bendera di Facebook NKS
Hantaran bendera di Facebook NKS

Pemilik restoran Nasi Kandar Sulaiman (NKS) tampil menyuarakan rasa kecewa terhadap komen negatif yang diterima di media sosial dan Google Review susulan memuat naik hantaran mengenai bendera.

Menurut hantaran di Facebook NKS, selepas memuat naik gambar bendera tersebut, pelbagai komen negatif mula muncul di Facebook, TikTok, malah turut menyerang melalui ruangan ulasan Google.

“Contoh macam komen ini betul-betul tipu dan fitnah kata kononnya kedai kotor penuh dengan lalat. Komen kata tak sedap, harga mahal saya boleh terima sebab itu pendapat masing-masing. Tetapi komen sengaja seperti ini memang saya tidak boleh terima. Sedangkan kita betul-betul jaga kebersihan kedai,” tulisnya.

Baca juga:

Beliau turut mempersoalkan punca segelintir pihak berasa ‘tercetus’ hanya kerana hantaran bendera tersebut.

“Saya tak tahu kenapa ada orang triggered sangat dengan posting bendera saya semalam itu. Tetapi saya yakin komen fitnah seperti ini tidak akan menjejaskan perniagaan saya. Sebab rezeki itu Allah yang bagi. Dan pelanggan yang sudah sampai NKS tahu kedai saya macam mana,” katanya.

Dalam pada itu, pemilik NKS menegaskan bahawa pihaknya akan terus menjaga kualiti makanan dan kebersihan premis seperti biasa.

“Cuma saya rasa kenapa mereka tidak puas hati dengan posting bendera semalam. Sampai FB pun ada saja komen negatif,” tambahnya.

Related Posts