Selepas mengaku dirinya juga ada black belt, lelaki singlet putih kongsi latihan karate pula | The Reporter

Selepas mengaku dirinya juga ada black belt, lelaki singlet putih kongsi latihan karate pula

Sumber Gambar: Media Sosial

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Beberapa hari lalu tular video pergaduhan antara dua lelaki di sebuah kedai runcit di Pulau Pinang.

Pergaduhan mereka bukan sahaja mendapat perhatian ramai kerana pemilik kedai berjaya menewaskan lelaki bersinglet putih, tetapi kemunculan kucing di kedai berkenaan turut menjadi perhatian.

Insiden berkenaan turut dijadikan parodi oleh netizen. Kreativiti netizen juga tidak dapat disangkal apabila menghasilkan pula video seperti sebuah filem.

Sedar akan dirinya menjadi perhatian umum, lelaki bersinglet putih tampil menjelaskan kejadian yang berlaku. Dalam video berkenaan juga dia meminta orang ramai untuk berhenti menjadikan kejadian tersebut sebagai satu bahan lawak.

https://twitter.com/CheapremeBrand/status/1800080320458600458

Tambhanya lagi, dia dan pemilik kedai runcit itu pernah terlibat dalam pergaduhan pada 13 tahun lalu, namun isu berkenaan sudah lama diselesaikan.

Katanya, pergaduhan itu terjadi apabila dia tidak berpuas hati dengan layanan pemilik kedai yang biadap. Dalam pada itu dia juga mengakui keadaan dirinya yang sedang mabuk ketika itu menyebabkan dia tidak dapat mengawal keadaan walaupun sebenarnya dia mempunyai tali pinggang hitam dalam karate.

Kembali menarik perhatian ramai, lelaki tersebut muncul semula dengan satu rakaman video memaparkan dia sedang gigih berlatih karate.

https://twitter.com/update11111/status/1799976991992823984

Bagaimanapun, netizen menasihati lelaki ini agar menghentikan pergaduhan dan bermaafan sesama mereka.

Sumber: Cheapreme, Update Info

Related Posts