Selangor Red Giants muncul juara dunia MSC Mobile Legends 2024 | The Reporter

Selangor Red Giants muncul juara dunia MSC Mobile Legends 2024

Sumber Gambar: Selangor FC

Selangor Red Giants (SRG) muncul sebagai juara dunia di dalam Kejohanan Mid Season Cup Mobile Legends Bang Bang (MLBB) 2024 selepas menewaskan wakil Filipina, Falcons AP.Bren di Riyadh, Arab Saudi malam tadi.

Keputusan pada perlawanan pertama tidak memihak pada SRG, namun kembali bangkit pada perlawanan kedua dengan menyamakan kedudukan 1-1 meskipun lawannya AP Bren berjaya mendahului dengan jumlah ‘kills’ 14-11.

Pasukan SRG yang diwakili oleh Innocent, Yums, Stormie, Sekysss dan Kramm itu kembali mendapat rentak semasa perlawanan keempat dan kelima setelah gagal semasa perlawanan ketiga. Keputusan dicatat perlawanan keempat adalah 18-4 dan 12-11.

Ketika hanya satu mata sahaja diperlukan SRG untuk mengesahkan kejuaraan MSC, juara bertahan dari Filipina itu berjaya menyamakan kedudukan apabila memenangi perlawanan keenam dengan dengan keputusan 14-2 sekali gus mengheret SRG ke perlawanan penentuan.

Pada perlawanan penentuan, SRG terus mendominasi perlawanan dengan mencatatkan kemenangan 21-10.

Pada perlawanan akhir itu, pemain jungler SRG Muhammad Haqqullah Ahmad Shahrul atau lebih dikenali Sekyss dinobatkan sebagai pemain paling bernilai (Final Most Valuable Player (MVP) MSC MLBB 2024.

Kemenangan tersebut sekaligus SRG berjaya merangkul trofi dan wang tunai berjumlah USD1,000,000 (RM4,669,303.78).

Sumber: Harian Metro, Selangor FC

Related Posts