Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Tular lagi video seorang pemandu kereta dengan nombor pendaftaran Singapura, mengisi minyak bersubsidi RON95 secara terang-terangan di sebuah stesen minyak tempatan.
Berdasarkan video yang dirakam oleh orang awam itu, kejadian dikatakan berlaku di sebuah stesen minyak di Penchala Link.
“Dia isi minyak kuning gais. Aku yang bawa van diesel pun dah tak ada subsidi. Ni, dia datang ke negara orang, guna minyak subsidi,” kata perakam video tersebut.
Meninjau di ruang komen, netizen berang dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pihak yang terlibat.
“Kena saman pemilik stesen minyak, baru dia ada akal dan inisiatif nak bertegas dengan penyamun subsidi dari negara jiran,” kata Ohozga.
“Mohon percepatkan subsidi bersasar untuk RON95. Sakit hati tengok video macam ni,” kata Rasyid.
“KPDN, pergi mohon dekat Imigresen untuk blok kereta ini. Kasi saman dulu baru lepaskan untuk balik ke Singapura. Kalau tak bikin keras, ini kiasu semua mana ada ingat?!” kata Kuzek.








