Pelakon Bella Astillah berhasrat untuk tidak lagi memikirkan perkara yang telah berlaku dan mahu meneruskan kehidupannya dengan tenang dan damai.
Isteri kepada penyanyi Aliff Aziz itu berkata, dia sedar kehidupan berumah tangga ada fasa naik dan turun. Apa yang boleh dilakukannya hanya berharap rumah tangganya dalam keadaan baik-baik sahaja.
“Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. Saya pun nak lupakan perkara yang berlaku. Saya nak ‘move on’. Biasalah rumah tangga ada fasa naik turun.
“Cuma saya harapkan yang terbaik sahaja. Kalau boleh, saya tidak mahu lagi sedih-sedih dan menjalani kehidupan dengan positif,” katanya memetik laporan dari Kosmo! Online, 20 Oktober 2023.
Bagi Bella, di usia yang semakin meningkat dewasa ini, adalah lebih baik dia berlapang dada berbanding dirinya yang dahulu penuh dengan perasaan risau. Apatah lagi dia kini juga lebih percayakan pada suaminya.
“Sekarang saya lebih percaya pada dia. Kalau tidak percaya, sudah lama saya tidak lagi bersama dengannya,” ujarnya.
Dalam pada itu, Bella turut memohon maaf di atas tindakannya baru-baru ini yang menyebabkan orang ramai tidak menyenangi perbuatannya itu yang dilihat sebagai kurang matang.
Hubungannya dengan Aliff juga baik-baik sahaja dan masing-masing telah memohon maaf di atas perkara yang berlaku.
“Aliff pun sudah pujuk dan minta maaf kepada saya secara peribadi. Saya sendiri pun sudah minta maaf juga dengannya. Mungkin ada perkara yang saya terlepas pandang dalam diri saya juga,” katanya.
Sumber: Kosmo! Online