Sekali dia tarik, fuh! Adik Chinta Arra Sofea dipuji ramai bawa lagu Jiwa Yang Bersedih, netizen kata suara dah macam orang dewasa - The Reporter

Sekali dia tarik, fuh! Adik Chinta Arra Sofea dipuji ramai bawa lagu Jiwa Yang Bersedih, netizen kata suara dah macam orang dewasa

Trending ketika ini lagu nyanyian penyanyi Indonesia, Ghea Indrawari, yang bertajuk Jiwa Yang Bersedih. Lagu yang dibawakan dengan penuh penghayatan itu mendapat sambutan ramai apatah lagi lagu tersebut seolah mengajak seseorang untuk merawat luka atas kesedihan.

Lagu tersebut bukan sahaja diminati oleh golongan dewasa, malah ada kanak-kanak yang turut menyukai lagu ini.

Tular di TikTok, seorang kanak-kanak diminta untuk menyanyikan sebuah lagu sebelum mengambil makanan di sebuah kedai.

@maersaurora

gurau2 sruh nyanyi.. hujungg2… meremang wehhhh!

♬ original sound – ^^ – ^^

Pada mulanya, kanak-kanak perempuan itu kelihatan malu untuk menyanyi. Namun seakan menyahut cabaran, dia melantunkan suaranya menyanyikan lagu Jiwa Yang Bersedih.

Kelunakkan suara kanak-kanak yang bernama Chinta Arra Sofea itu bagaimanapun mengejutkan pekerja di situ.

Apabila dia menyanyikan pada lirik ‘sampaikan pada jiwa yang bersedih’ beberapa pelanggan di belakang terpesona dengan suaranya lantas mereka juga merakam aksi kanak-kanak itu menyanyi.

Rata-rata netizen memuji kelunakan suara Chinta dan menganggap bakat yang ada pada Chinta boleh berkembang satu hari nanti.

Ibu kepada Chinta terkejut dengan pujian yang diberikan oleh netizen dan menyatakan hobi Chinta suka menyanyi.

https://www.tiktok.com/@farahalep/video/7276072781660294418

Sumber: TikTok

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!