Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Apabila tibanya musim perayaan, kebanyakan pusat beli-belah berlumba-lumba untuk menghias dengan meriah mengikut tema perayaan.
Terkini, pelbagai warna warni yang dapat dilihat melalui hiasan sempena menyambut Hari Deepavali.
Bagaimanapun, seorang wanita yang dikenali sebagai Pavidra mempersoalkan tindakan segelintir pusat beli-belah yang seolah lebih menonjolkan tema Halloween berbanding dengan perayaan Deepavali.
Katanya, perayaan Deepavali seolah tenggelam di mata pengunjung pusat beli-belah.
“Tahun ni tak boleh brain. Mentang-mentanglah Halloween tu dekat dengan Deepavali, siap ada mall yang hias besar-besaran untuk Halloween sedangkan Deepavali tu diketepikan.
“Tak ada masalah kalau tak nak layan Deepavali tapi sejak bila Halloween tu jadi festival dekat Malaysia?
“Sejak bila kita mula adaptasikan culture Halloween tu?” soalnya.
Katanya, mengapa perlu meraikan sesuatu yang bukan dari adat dan budaya kita di Malaysia.