Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Perkahwinan yang bahagia tidak dinilai dengan harta, kekayaan atau rupa semata-mata tetapi keikhlasan dan tanggungjawab yang diamanahkan.
Bagi meraikan dan menghargai setiap pasangan, ada yang meraikan ulang tahun perkahwinan mereka dengan bermacam-macam cara.
Ada yang menempah hotel, tiket penerbangan ke luar negara, makan di restoran dan sebagainya. Dan ada juga yang memilih untuk meraikannya hanya di rumah tetapi dengan cara yang istimewa.
Bagaimanapun, hantaran video pasangan ini yang meraikan ulang tahun pertama perkahwinan mereka mendapat perhatian netizen.
Tidak berbelanja mewah, sebaliknya mereka meraikan ulang tahun perkahwinan mereka secara sederhana.
Pasangan ini merakam momen ulang tahun perkahwinan mereka dengan menukar hadiah dari kedai serbaneka Eco shop.
Sepanjang rakaman video, gelak ketawa dan senyum terukir di bibir pasangan bahagia ini.
Video berkenaan turut mengundang rasa bahagia netizen yang melihatnya dan mendoakan kebahagiaan yang berpanjangan buat pasangan ini.
Sumber: Yeop Azrul