Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Ramai wanita kini lebih memilih untuk bersalin di hospital swasta kerana mahukan keselesaaan dan juga perkhidmatan yang terbaik.
Ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan, hospital bersalin (swasta) banyak didirikan atas permintaan dan menawarkan pelbagai pakej untuk menarik perhatian golongan ibu hamil. Tidak kurang juga, ada hospital yang menggunakan khidmat pempengaruh (TikTokers) untuk mengiklankan perkhidmatan mereka.
Dah cuba macam-macam cara untuk tuntut gaji tetapi…
Namun di sebalik kemegahan nama hospital, seorang bekas pekerja tampil mendakwa pengasas hospital bersalin (swasta) yang terletak di Putrajaya tidak membayar gaji pekerja.
“Saya bukan nak memburukkan nama hospital ini, tetapi saya terkilan kerana sehingga sekarang gaji saya masih belum dibayar. Sedangkan owner company boleh pergi melancong.
“Saya minta jangan sokong bisnes yang menganiaya kakitangannya. Saya tak reka cerita, tapi orang ramai boleh tengok review hospital ini. Sumpah saya kecewa.
“Bukan nak memalukan, tetapi dah macam-macam cara cuba nak mendapatkan duit gaji saya. Saya terpaksa drag operation penyakit saya sebab menunggu gaji majikan ini,” luah pengadu.
Aduan telah dibuat tetapi ambil masa lama untuk selesai
Menerusi komen di hantaran tersebut, seorang kakitangan dari wad bersalin memaklumkan, dia telah membuat laporan ke pejabat buruh beberapa bulan yang lalu. Namun, kes tersebut masih belum selesai.
“Saya dah laporkan ke pejabat buruh dari bulan April lalu, tetapi kes berlanjutan sehingga ke hari ini. Pengasas macam biasa, hidup dengan tenang dan senang lenang,” katanya.
Antara komen lain, ada yang mengatakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan notis yang mengarahkan hospital itu ditutup. Tetapi pihak hospital itu memaklumkan penutupan tersebut hanyalah untuk sementara bagi memberi ruang kepada kerja-kerja penambahbaikan.
Bekas pelanggan turut mengkritik tahap perkhidmatan
Selain itu, semakan di ruangan maklum balas turut mendapati ada bekas pelanggan yang pernah menggunakan perkhidmatan di pusat kesihatan tersebut. Di mana kebanyakannya memberikan satu bintang untuk tahap perkhidmatan hospital berkenaan.
“Keputusan yang paling tidak bijak untuk bersalin di sini. Sepanjang berada di wad, tiada seorang pun jururawat yang memeriksa keadaan saya. Kebanyakan jururawat yang ada, muda dan cuai.
“Doktor yang menyambut kelahiran anak saya, buat anak saya luka dengan teruk serta ada kesan lebam di belakang leher,” kata pengadu.
Sumber: Penduduk Putrajaya