Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Penyanyi dan pengarah kontroversi, Namewee memaklumkan beliau telah hadir ke balai polis bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan yang ditemui mati di sebuah hotel di Jalan Conlay, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Namewee berkata beliau baru tiba di Kuala Lumpur dari Johor Bahru dan telah menetapkan masa bersama pihak polis untuk memberi keterangan serta membuat laporan.
“Saya baru tiba di Kuala Lumpur dari Johor Bahru. Sebelum ini saya sudah menetapkan masa dengan pihak polis untuk ke balai membuat laporan dan memberi keterangan. Sekarang saya sudah tiba di balai polis.
“Saya akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dalam siasatan, bagi memberikan penjelasan kepada masyarakat dan keluarga mangsa,” katanya.

Baca juga:
- Isa Khan sifatkan trend ‘Jamilah’ jatuhkan maruah
- Dr Izzar tegur tindakan Nadzmi Adhwa
- ‘Saya tak pernah larikan diri’ – Namewee
Namewee turut menegaskan bahawa beliau tidak pernah melarikan diri seperti yang didakwa sesetengah pihak, malah setiap kali menerima notis panggilan sebelum ini, beliau tampil secara sukarela untuk memberi keterangan.
“Saya tidak akan melarikan diri. Sebelum ini pun, setiap kali menerima notis panggilan, saya sendiri yang tampil memberi keterangan. Saya tidak pernah melarikan diri,” ujarnya.
Kes kematian pempengaruh Taiwan berusia 31 tahun itu kini sedang disiasat oleh pihak polis selepas mayatnya ditemukan di bilik air hotel berkenaan minggu lalu.









