Ketika isu mengenai dakwaan tular mengenai pengurusan Bubble Bee, Shuib mengambil pendekatan untuk tidak membuat sebarang kenyataan.
Sebaliknya dia berkata akan berbincang dengan pihak pengurusan terlebih dahulu sebelum memberikan apa-apa kenyataan berhubung dakwaan yang dikeluarkan tersebut.
“Saya tak nak komen apa-apa cuma buat masa sekarang saya dan pihak pengurusan Bubble Bee masih lagi dalam perbincangan mengenai dakwaan ini.
“Dan bagi menjawab soalan ini, apa yang saya boleh katakan ialah kami tidak boleh menidakkan benda yang betul dan kami juga tak boleh menidakkan benda yang salah.
“Insyaa-Allah bila saya dan pihak pengurusan dah bersedia untuk berikan jawapan dan keterangan, saya akan bagi,” katanya.
Terdahulu, tular surat layang yang mendakwa pihak Bubble Bee telah culas dalam pembayaran KWSP pekerja. Selain itu, dakwaan turut menyatakan pihak tersebut lewat membuat pembayaran gaji.
Bekas pekerja Bubble Bee juga dikatakan turut tampil mendedahkan situasi yang dialami mereka ketika masih bekerja disitu.
Sumber: Oh! Bulan
‘Saya tak nak komen apa-apa, saya akan berbincang dengan pengurusan Bubble Bee’ – Didakwa abai kebajikan pekerja, Shuib akan beri penjelasan
