TEXAS, AMERIKA SYARIKAT – Seorang wanita didakwa membuang bayi perempuannya di luar kediamannya kerana tidak mahu menjadi ibu dan enggan melihat bayinya sendiri, lapor Daily Mail.
Bagaimanapun Sidney ditahan polis selepas bayi itu ditemui oleh orang ramai yang kemudian menghubungi pihak polis untuk memaklumkan penemuan itu.
Ketika perbicaraan kali kedua di mahkamah di Daerah Harris, Rabu, Sidney memberitahu kepada pegawai penyiasat bahawa dia tidak mahu menjadi ibu dan enggan melihat bayinya sendiri. Ketika kejadian itu berlaku, Sidney berasa panik selepas melahirkan bayi berkenaan kerana dia tidak tahu yang dirinya mengandung.
![]() |
Mangsa ditemui Albert Peterson dalam keadaan dihurung semut |
Mahkamah diberitahu, selepas membuang bayi itu, Sidney pulang ke rumah, bersihkan dapur dan terus tidur di biliknya.
Selain itu, Skillern terpaksa bersaing dengan ibu Sidney, Tina, untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap bayi itu. Namun, hakim belum memutuskan siapa yang berhak menjaga mangsa dan sementara menunggu keputusannya, mahkamah menyerahkan bayi itu di bawah penjagaan badan kebajikan.
![]() |
Gambar 2016. Pasangan ini dikatakan telah bersama lebih kurang setahun dan Skillern tidak mengetahui teman wanitanya mengandung |
![]() |
24 Jun 2017, kelihatan baby bump pada perut Sidney |
Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak $20,000. sementara menunggu tarikh perbicaraan seterusnya.