'Saya tak expect culture kerja di jabatan sangat slow' - Pegawai ambil keputusan berhenti kerja - The Reporter

‘Saya tak expect culture kerja di jabatan sangat slow’ – Pegawai ambil keputusan berhenti kerja

Gambar hiasan (Artificial Intelligence)

Seorang penjawat awam baru yang telah bekerja selama enam bulan dan belum disahkan jawatannya, sedang menghadapi cabaran dalam menyesuaikan diri dengan budaya kerja di jabatan kerajaan.

Pengadu yang tidak mahu identitinya didedahkan ini berkata, dia sebelum ini bekerja di luar negara dan telah kembali ke Malaysia dengan niat berkhidmat untuk negara. Setelah menerima tawaran kerja kerajaan dalam kumpulan pengurusan dan profesional.

Namun, pengadu mendapati budaya kerja di jabatan kerajaan agak perlahan dan beberapa staf gred bawahan tidak membantu dalam melancarkan proses kerja seharian.

Antara isu yang dihadapi, termasuk staf yang selalu menghilang, keluar pada waktu tengah hari untuk mengambil anak, berhenti bekerja selepas pukul 4 petang, dan lambat dalam menjalankan tugas dalam skop kerja mereka.

Tambahan pula, mereka juga sering tidak membalas mesej WhatsApp dan tidak menjawab panggilan telefon.

“Saya tak expect culture kerja di jabatan kerajaan sangat slow (maaf cakap). Tambah dengan 2, 3 orang staf yang gred bawahan tak membantu melancarkan proses kerja seharian saya dan susah untuk diakses,” katanya.

Disebabkan semua masalah itu, pengadu telah memohon untuk kembali bekerja di tempat kerja lamanya dan permohonannya telah diterima.

“Saya nak pergi balik sebab rasa tak boleh nak adapt dengan culture tersebut,” katanya.

Sumber: Peguam & Pengguna Malaysia (PPM)

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!