Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Sarah Yasmine mengakui dia kini berada di Singapura dan tidak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan pelakon Aliff Aziz, susulan mendapat perintah dari mahkamah baru-baru ini.
Wanita berusia 24 tahun itu berkata, perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Singapura tidak dapat diabaikan dan dia terpaksa akur dengan Akta Perlindungan dari Gangguan (POHA) 2014.
“Saya tak boleh berkata apa-apa disebabkan perintah mahkamah yang diberi oleh Aliff.
“Saya akur (dengan perintah mahkamah), insha-Allah, Allah akan tunjukkan kebenarannya satu hari nanti,” katanya yang juga tidak kisah jika ada yang menganggapnya terhegeh-hegeh dalam kontroversi ini.
Dalam masa sama, Sarah memaklumkan dia akan fokus pada kerja sambilan lain dan akan terus membantu Bella Astillah.
Sementara itu di media sosial, netizen meluahkan rasa bersyukur dengan tindakan undang-undang yang diambil oleh Aliff dan meminta media hiburan berhenti sebarang laporan berkaitan dengan wanita berkenaan yang dianggap tidak bermanfaat.
“Bagus, diam terus. Tak payah cakap apa-apa lagi dah,” kata netizen.
“Patutlah Malaysia tak maju-maju. Asyik post berita sampah macam ni. Lebih aik post hal-hal berkaitan Palestine, Gaza, ada juga faedah,” tambah netizen lain.








