Baru-baru ini hantaran video tarian Alif Satar bersama dua pelakon Sophia Albarakbah dan Nelissa Nizam menjadi kritikan ramai.
Tindakan artis vesartil itu dianggap tidak bersesuaian dan selari dengan kempen ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ yang diterajui oleh beliau.
Bagaimanapun, Alif menjelaskan semasa merakamkan video promosi filem terbaharunya, Reeza GTR, tidak berlaku sebarang sentuhan terhadap dua pelakon wanita itu dan beliau menegaskan tahu batasan yang perlu dijaga.
“Saya sudah tahu apa batasan dan pelakon wanita itu juga tahu batas.
“Mereka tahu perlu jarakkan diri walaupun saya tak suruh. Tapi pasukan pemasaran mungkin ada cara lebih baik untuk mempromosikannya,” katanya.
Jelasnya juga, rakaman video berkenaan merupakan permintaan dari pasukan pemasaran filem tersebut.
“Saya cakap boleh buat, tapi jangan minta untuk saya lakukan lebih. Ramai orang mahu beri pendapat, tapi saya sendiri tahu batas apa yang perlu dijaga,” katanya.
Sumber: Berita Harian