‘Saya sakit hati dengan dia’ - Suami ketiga bunuh suami kedua, dipercayai tidak berpuas hati berkongsi isteri berusia 22 tahun - The Reporter

‘Saya sakit hati dengan dia’ – Suami ketiga bunuh suami kedua, dipercayai tidak berpuas hati berkongsi isteri berusia 22 tahun

Suriani, berkahwin tiga
Sumber gambar: Tribun Medan

Kes pembunuhan yang berpunca daripada poliandri atau wanita berkahwin lebih daripada satu suami menjadi tajuk berita utama negara jiran, Selasa lalu.

Surirumah, Suriani, 22, mempunyai tiga suami, mengakui terkejut apabila mendapati dua suaminya bergaduh sehingga menyebabkan mangsa terbunuh akibat ditikam oleh suami ketiga.

Perkahwinan poliandri itu berlaku di Daerah Bone, Sulawesi Selatan, Indonesia. Kes pembunuhan itu berlaku pada jam 4.15 pagi, Isnin lalu.

Menurut laporan Kompas, beberapa minit sebelum kejadian, suspek (suami ketiga – 35 tahun) yang bekerja sebagai petani, memaklumkan kepada isteri yang dia mahu keluar untuk membuang air besar.

Namun, suspek sebenarnya mengambil kesempatan itu pergi ke rumah mertuanya. Ketika itu, mangsa (suami kedua – 31 tahun, pemandu) sedang tidur. Di kesempatan itu, suspek datang dan terus menikam mangsa beberapa kali di badan sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.

Mangsa mengalami luka tikaman di bahagian dada kanan, pipi kanan, tangan kanan hampir putus, luka di tangan kiri dan ibu jari kaki bahagian kanan putus.

Ketua Polis Daerah Bone, Arief Doddy, mengesahkan kejadian itu dan mayat mangsa telah dihantar ke hospital untuk dibedah siasat.

Suspek bagaimanapun berjaya ditahan semalam dan mengaku membunuh mangsa kerana sakit hati.

Difahamkan, suami pertama wanita berkenaan telah meninggal dunia. Dia kemudian berkahwin dengan mangsa dan dikurniakan seorang anak. Tidak beberapa lama kemudian, wanita itu berkahwin dengan suspek.

Sumber: Tribun Medan

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!