Semenjak mendirikan rumah tangga Oktober tahun lalu, pasangan suami isteri Sabri Yunus dan Angeline Tan sentiasa menjadi tumpuan ramai.
Perkongsian kisah yang dikongsikan oleh mereka sentiasa dinantikan oleh peminat-peminat mereka terutama sekali kisah Angeline Tan.
Dalam satu program temu bual, Angeline mendedahkan suaminya tidak pernah memaksa atau meminta dia memakai hijab.
Namun katanya, sebagai seorang Islam dia berasa satu kewajipan baginya untuk menutup aurat dengan sempurna.
“Abang (Sabri Yunus) tak pernah suruh dan mintak pun (bertudung) tapi saya rasa sebagai seorang Islam, ini lebih sopan dan lebih kemas untuk seorang Muslimah.
“Dia kata bab tudung ni dia tak pandai, tapi belilah apa yang dirasakan cantik,” katanya.
Dalam temu bual tersebut juga Sabri sempat mencelah mengatakan apa sahaja yang dipilih oleh isterinya semuanya nampak cantik.
Mendengar pujian itu, Angeline Tan tersenyum simpul sambil menjeling manja ke arah suaminya.
Sumber: TikTok Al-Hijrah