Setelah tular kisah mengenai hubungan anak kepada Abby Abadi dan Norman Hakim, satu persatu perkara mula didedahkan.
Misya, menyifatkan bekas suaminya Aslam seorang yang tiada ihsan dan kasihan pada anak-anak dan isteri. Dia mendakwa Aslam telah bersumpah dengan nama Allah untuk pertahankan dosa yang telah dibuat.
Satu video juga didedahkan ketika pertemuan Aslam dengan keluarga Misya. Aslam bagaimanapun mengakui kelemahannya apabila didekati dengan Marissa.
“Aslam sekarang ni nak main nama Allah tak boleh dah. Aslam nak mintak maaf pun dah tak guna dah. Tapi apa yang boleh Aslam boleh cakap sebelum ni Aslam betul-betul nekad nak berubah.
“Satu bulan lebih macam tu dia (Marissa) datang balik dan kejar balik. Aslam tak boleh lawan Aslam punya kelemahan,” katanya.
Misya menganggap jawapan kenyataan dari Aslam umpama hanya untuk membela diri dan menutup kesalahannya.
“Dari jawapan si play victim dan tak guna akal menjawab. Moga Allah beri kau petunjuk dan hidayah ya, Aslam,” tulisnya.
Ketika ini, Norman Hakim masih belum memberikan sebarang kenyataan manakala Abby Abadi dilihat hanya mengulas ringkas mengenai isu tersebut.
Sumber: umisyamazlan