'Saya minta maaf, ini ujian besar untuk saya' - View Chin akui perniagaan terjejas sejak bekas isteri tularkan kecurangannya - The Reporter

‘Saya minta maaf, ini ujian besar untuk saya’ – View Chin akui perniagaan terjejas sejak bekas isteri tularkan kecurangannya

Setelah beberapa hari mendiamkan diri daripada isu yang sedang hangat diperkatakan, influencer TikTok, View Chin, tampil memberi kenyataan menerusi hantaran di Facebooknya sebentar tadi.

View Chin memohon maaf di atas perkara tersebut dan akui apa yang berlaku pada dirinya kini adalah ujian yang sangat besar buat dirinya.

“Saya ingin memohon maaf kepada semua (kerana) beberapa hari ini saya berdiam diri. Saya tahu ini ujian yang sangat besar buat saya.

“Saya tahu pelbagai persoalan yang bermain di fikiran anda. Saya akan bagi kenyataan secepat mungkin dan bagi saya masa untuk memperbetulkan keadaan,” katanya.

Jelas View Chin lagi, rumahnya kini telah kosong dan segala barangan dan perabot telah dipindahkan. Ditambah pula dengan urusan perniagaannya di mana ramai yang meminta wang mereka dikembalikan.

“Rumah saya sudah kosong tanpa ada barang. Semua barang telah dipindahkan. Pelbagai kerja saya perlu diselesaikan. Seller dan semua brand barangan bertanya tentang perkara yang tular dan mereka juga mahu duit mereka dikembalikan.

“Saya perlu jawab satu persatu dan memulangkan kembali duit mereka. Saya perlu menyelesaikan tanggungjawab saya terlebih dahulu,” ujarnya.

Usahawan itu turut mengakui perniagaannya kini terjejas dan tidak dapat diteruskan disebabkan pendedahan bekas isterinya. Selain syarikatnya, kakitangannya juga mendakwa menerima gangguan daripada individu/pihak yang tidak dikenali.

“Hal yang menimpa telah menyebabkan perniagaan saya langsung tidak dapat dijalankan lagi. Kedai saya dikacau oleh ramai orang, begitu juga dengan staff saya yang turut diganggu oleh orang yang sama.

“Bagi saya masa untuk membalas setiap persoalan yang anda semua nak tahu. Saya akan jawab,” katanya.

Sumber: Facebook

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!