‘Saya dengan Shuib bukan pernah ada apa-apa hubungan pun’ – Zara Zya

Pelakon Zara Zya mengakui dia juga menerima tempias daripada berita pertunangan Shuib bersama Watie Hanifah baru-baru ini, sehingga ada yang bertanya mengapa bukan dia yang bertunang dengan lelaki itu.

Berkata kepada Harian Metro, Zara menegaskan bahawa dia tidak pernah mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Shuib. Sebaliknya, gosip yang timbul sebelum ini hanyalah sekadar gimik bagi memperkenalkan produk minuman yang diusahakan bersama.

“Ada orang tanya kenapa bukan Zara dengan Shuib, kenapa, kenapa dan kenapa. Kita nak buat apa? Zara dengan Shuib pun bukannya pernah ada apa-apa pun.

“Sampaikan orang nak menjodohkan, hendak mengaturkan hala tuju hidup saya dengan siapa. Orang kata, gosip saya dan Shuib sebelum ini, seperti yang orang tahu sekadar ‘content’ business.

“Tak pernah ada hubungan apa-apa. Pasangan hidup kita ini bukan orang lain yang menentukan, kita sendiri yang tentukan. Saya tidak beritahu siapa pun, tiada siapa yang tahu.

“Jangan terlalu syok sangat hendak mengaturkan kita punya kehidupan,” katanya.

Dalam pada itu, Zara meminta netizen berhenti menjodohkan dia bersama Shuib yang kini sudah bertunang dengan wanita pilihannya. Malah dia meminta netizen sentiasa berfikiran positif dan mendoakan yang baik-baik.

6 Mei lalu, Shuib telah mengikat tali pertunangan dengan Watie dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja.

Pasangan itu dijadualkan akan bernikah pada 23 Jun depan.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!