Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang wanita didakwa telah membuli seorang pekerja penghantar makanan ketika individu berkenaan menghantar pesanannya.
Ketika kejadian, wanita itu enggan membuat pembayaran kepada pekerja itu yang merupakan pekerja Orang Kelainan Upaya (OKU).
Lelaki berkenaan yang dikenalpasti sebagai OKU kategori bisu itu dilihat beberapa kali meminta pembayaran, namun tidak diendahkan. Sebaliknya, dia terus merakam lelaki itu.
Akibat berasa tertekan dengan keadaan itu, pekerja itu kemudiannya menjerit dan membunyikan hon dipercayai bagi mendapatkan bantuan dari orang sekeliling.
Video berkenaan mula tular di laman sosial dan netizen mengecam tindakan wanita yang dikenali sebagai Adeline Chang.
Dalam satu hantaran Adeline yang tular, dia menyatakan dia enggan menerima minuman itu setelah mendapati penghantar berkenaan merupakan seorang OKU dan meminta lelaki itu memulangkan kembali minuman berkenaan.

Katanya lagi, dia tidak menyukai penghantar OKU kerana dianggap kotor.
“Saya takut dengan minuman yang dihantar oleh OKU kerana mereka kotor. Saya sebenarnya alergik terhadap mereka sejak kecil.
“Dulu, saya pernah menelefon sebuah restoran untuk bertanya sama ada chef mereka adalah OKU. Jika ya, saya tidak akan pergi ke sana,” tulisnya.
Susulan itu, ramai pihak tampil mempertahankan lelaki berkenaan dan membuat laporan polis mengenai kejadian itu.
Menerusi satu hantaran pula, pihak syarikat penghantaran makanan berkenaan telah sedia maklum mengenai kejadian itu dan telah menutup akaun yang digunakan oleh Adeline Chang.
Sumber: Sha Lly, Annie Ong, Weird Kaya