'Saya akan cuba lebih berhati-hati' - Nabil Ahmad - The Reporter

‘Saya akan cuba lebih berhati-hati’ – Nabil Ahmad

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Nabil Ahmad tampil memohon maaf atas keterlanjuran kata-kata beliau semasa mengendalikan sebuah program terbitan sebuah stesen televisyen baru-baru ini.

Pelawak dan pengacara itu memohon maaf sekiranya kata-katanya tempoh hari mengundang rasa tidak selesa sesetengah pihak.

“Saya Nabil Ahmad, pada bulan yang suci dan mulia ini ingin memohon maaf andai kata ada ayat saya mungkin mengundang rasa tidak selesa sesetengah pihak dan menyinggung mana-mana individu.

“Segala yang baik datangnya dari Allah dan segala yang buruk, salah dan silap itu dari diri saya sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Nabil turut menyatakan dia akan lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan pada masa akan datang.

Terdahulu, tular satu rakaman video yang mengundang perhatian ramai apabila Nabil dilihat cuba membangkitkan isu yang dihadapi golongan pendakwah terutamanya isu pendakwah ‘direhatkan’ kemunculannya di stesen televisyen.

Dia turut meminta pandangan dari penceramah bebas, Ustaz Harryanto Rizal Rokman dan turut mendakwa terdapat hasutan dari pihak tertentu berhubung isu berkenaan.

“Para asatizah sedang diuji sedangkan mereka dah berkorban masa, jiwa, keluarga dan agama untuk berdakwah,” katanya.

Sumber: nabilzira, media sosial

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!