Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Dalam sebuah podcast Big Time yang dikendalikan oleh Amr Adeeb, aktor terkenal Hollywood Will Smith mendedahkan sudah membaca Al-Quran sehingga tamat.
Cabaran dan dugaan dalam hidupnya membuatkan dia tercari-cari satu kekuatan. Dia kemudiaannya tergerak untuk membaca Al-Quran.
“Saya membaca Al-Quran dari satu halaman ke halaman yang lain dalam bulan Ramadan tahun ini. Inilah kekuatan yang saya cari selama ini,” katanya.
Kongsinya, Al-Quran sangat mudah dibaca dan difahami kerana kesederhanaan yang ada pada kitab tersebut.
Dalam pada itu pelakon filem Men In Black itu turut menyatakan dia juga membaca kitab suci dari pelbagai agama. Tetapi, dia lebih memahami isi kandungan dalam Al-Quran yang lebih jelas dan mudah.
Menerusi pembacaannya juga, Smith turut berasa kagum dengan kisah Nabi Musa yang banyak diceritakan. Dia turut mengakui kisah Nabi Musa memberikan kesan positif kepada dirinya.
Selain itu juga, dia berasa terkejut dengan kisah salasilah (keturunan) Nabi Ibrahim.
“Saya sangat terkejut bagaimana ia seperti satu penceritaan, dari Taurat melalui Bible (Injil) dan ke al-Quran. Saya tidak pernah sepenuhnya memahami kisah Ibrahim sebagai bapa dan kemudian perpecahan antara Isa dan Ismail dan amat indah untuk memahami itu dengan lebih baik,” ujar Smith.
Sementara itu, diruang komen ramai yang memuji sikap bersungguh-sungguh Will Smith dalam mengkaji dalam mendalami sesuatu ilmu baru baginya. Susulan itu juga, ramai yang mendoakan agar hati Smith terbuka untuk masuk Islam.
Sumber: TikTok intipseleb








