Ryzal Duriankimchi selar komen persoal hidangan makanan Korea untuk anak - The Reporter

Ryzal Duriankimchi selar komen persoal hidangan makanan Korea untuk anak

Ryzal Duriankimchi selar komen
Maryam, Rina & Ryzal DurianKimchi

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim, tampil menyelar komen negatif netizen yang mempertikaikan tindakan isterinya, Maryam Younarae, menghidangkan makanan tradisi Korea, Jjajang Tteokpokki, kepada anak mereka, Rina.

Video Rina menikmati makanan tersebut dimuat naik di laman sosial Duriankimchi, memaparkan kanak-kanak itu berselera menjamu selera sambil membaca doa makan. Namun, beberapa komen tidak menyenangkan timbul apabila segelintir netizen mempersoalkan mengapa anak mereka tidak diberi makanan tradisional Melayu.

Antara komen tersebut berbunyi, “Patut kau dah masuk Islam bagi anak makan tekak Melayu,” menyebabkan Ryzal tampil memberikan respon tegas.

“Saya nak mencarut tak baik, tapi saya bagi perumpamaan sama. Bila dah Melayu patutlah letak gambar profile kain batik ke songkok ke, bukan gambar luar negara. Saya anggap ini ujian saya berdepan manusia terencat. Astaghfirullah, maaf terlepas,” tulisnya dengan nada sinis.

Dalam hantaran yang sama, seorang lagi individu turut mendapat perhatian Ryzal apabila dia mempertikai cara pasangan itu mendidik anak mereka. Ryzal dengan nada sinis membalas, “Nama kita sama, tapi sayang kebodohan dapat kat abang.”

Ryzal juga menegaskan, tugasnya adalah untuk melindungi emosi isterinya yang kini sedang hamil anak kedua mereka. “Dia dah penat beli barang dapur dan masak untuk anak kami. Saya sahaja tahu susahnya dia nak siapkan makanan itu,” jelasnya.

Pasangan Duriankimchi, yang popular dengan gaya hidup dua budaya, sering menjadi perhatian ramai. Walaupun ada kritikan, ramai netizen memuji cara mereka mendidik anak untuk menghargai pelbagai budaya dan makanan.

Untuk rekod, Ryzal dan Maryam mendirikan rumah tangga pada Ogos 2019 di Korea Selatan dan dijangka menimang cahaya mata kedua pada Februari ini.

Sumber: Facebook Ryzal Ibrahim

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!