Rupanya pelawak lagenda yang ditahan di Jeddah, kerana dadah | The Reporter

Rupanya pelawak lagenda yang ditahan di Jeddah, kerana dadah

pelawak lagenda ditahan di Jeddah
Gambar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang pelawak legenda dilaporkan ditahan di Lapangan Terbang Jeddah, Arab Saudi, dua bulan lalu selepas dipercayai memiliki dadah jenis ganja ketika dalam perjalanan menunaikan umrah.

Laporan dari Harian Metro ini menjawab spekulasi peminat mengenai ‘kehilangan’nya daripada beberapa persembahan kumpulan lawak popular yang dianggotainya.

Sejak pertengahan November, peminat menyedari ketidakhadiran pelawak tersebut ketika kumpulan itu mengadakan persembahan di pelbagai lokasi, termasuk Sabah. Kehilangannya mencetuskan persoalan kerana kumpulan berkenaan baru sahaja kembali aktif dengan siri persembahan di seluruh negara.

Namun, tiada siapa yang menyangka perkara buruk, dengan ramai beranggapan ketiadaannya disebabkan masalah kesihatan atau komitmen lain. Persembahan mereka tetap diteruskan walaupun tanpa kehadirannya.

Cubaan media untuk mendapatkan penjelasan daripada anggota kumpulan berkenaan tidak berhasil apabila panggilan telefon dan mesej WhatsApp tidak dijawab. Keadaan ini terus mengundang teka-teki di kalangan peminat setia kumpulan tersebut.

Related Posts