RTM tamatkan siaran di Astro mulai 1 Julai ini | The Reporter

RTM tamatkan siaran di Astro mulai 1 Julai ini

RTM umum tamat siaran dengan Astro.
Gambar: Skyscrappercity

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menamatkan siaran saluran televisyennya di platform satelit Astro Malaysia Holdings Berhad bermula 1 Julai 2026 selepas hampir 30 tahun menjalinkan kerjasama penyiaran.

Memetik laporan Kosmo, keputusan itu dimaklumkan menerusi pekeliling bertarikh 11 Mei susulan kegagalan kedua-dua pihak mencapai persetujuan berhubung kadar harga serta kontrak yang memenuhi kemampuan kewangan masing-masing.

Menurut RTM, rundingan mengenai kos dan kadar sewaan perkhidmatan penyiaran telah berlangsung sejak sekian lama, namun belum menemui penyelesaian yang dipersetujui bersama.

Baca juga:

Penamatan itu melibatkan saluran TV1-HD, TV2-HD dan Okey di platform satelit Astro serta platform penstriman over-the-top (OTT) kendalian syarikat berkenaan.

RTM dan Astro mula bekerjasama sejak 1996 menerusi siaran TV1 dan TV2, manakala saluran Okey yang sebelum ini dikenali sebagai Muzik Aktif dan TVi mula disiarkan pada 2009. Walaupun kerjasama itu membawa impak positif kepada penonton, RTM menyifatkan penamatan perkhidmatan sebagai langkah wajar bagi mengelakkan beban kewangan yang semakin sukar dikawal.

Related Posts