Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Bermacam-macam cara digunakan oleh peniaga untuk melariskan jualan. Selain menggunakan promosi, peniaga juga menggunakan kreativiti dalam menghasilkan makanan. Apabila ada kelainan yang dibuat, makanan tersebut akan mula tular dan menjadi perhatian ramai.
Jika makanan tersebut sedap dan berkualiti setanding dengan harga, tidak menjadi masalah. Tetapi, jika inovasi yang dilakukan tidak setanding dengan harga, secara jelas peniaga hanya ingin mengaut keuntungan semata-mata.
Tular di media sosial, pengadu meluahkan rasa kecewa dengan sikap peniaga ekspo di Pantai Irama Bachok, Kelantan yang mengambil kesempatan. Melalui beberapa hantaran, peniaga donut didakwa tidak bersikap jujur dengan menjual roti burger yang dijadikan sebagai donut.
Roti burger berkenaan dikatakan ditekap, dibuat bulatan di tengah-tengah dan dijadikan sebagai donut. Roti berkenaan seterusnya dicelup dengan pelbagai perisa dan ditabur dengan aneka hiasan lain.
Dalam pada itu, seorang wanita juga mendakwa situasi yang sama. Setelah mendapati ‘donut’ tersebut merupakan roti burger, dia bertindak bertanyakan pada peniaga berkenaan. Peniaga tersebut menafikan dakwaan donut tersebut adalah roti burger.
“Kalau roti, cakaplah roti. Donut bukan macam ni. RM3 sebiji untuk roti celup coklat. Aku kasihan tengok anak makan donut palsu.
‘Frust dengan bangsa sendiri meniaga tak jujur macam ni,” tulisnya.
Sumber: X, Fatimah Mulyati