Rokok & vape mengundang masalah mati pucuk? - The Reporter

Rokok & vape mengundang masalah mati pucuk?

Sumber Gambar: Positive Parenting

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Penjagaan kesihatan amatlah penting bagi memastikan kehidupan yang lebih sihat dan cergas. Baik lelaki atau wanita, kesihatan perlulah dijaga sedari awal bagi mengelakkan risiko penyakit yang berbahaya.

Seperti kita sedia maklum, merokok dan menghisap vape merupakan satu amalan yang tidak sihat dan mengundang pelbagai penyakit.

Perbuatan tersebut juga berpotensi mengundang masalah mati pucuk. Perkara tersebut dinyatakan oleh doktor kesihatan lelaki dari Him Wellness iaitu Dr Ahmad Samhan Awang.

Ini kerana katanya, rokok dan vape mempunyai bahan nikotin yang boleh menyebabkan salur darah menjadi keras atau ‘Atherosclerosis.’

“Keadaan ini terjadi apabila salur darah sukar untuk mengembang dan menyebabkan darah sukar untuk mengalir dengan baik.

“Ini turut menyebabkan kesukaran mengalami ketegangan di bahagian zakar.

“Jadi inilah punca mengapa 40 peratus daripada mereka yang merokok atau ‘vaping’ terdedah kepada risiko mati pucuk,” katanya.

Penyelidikan dari Universiti New York

Kenyataan tersebut juga ujarnya dibuktikan dengan penyelidikan yang pernah dijalankan sekumpulan penyelidik dari Universiti New York dan diterbitkan dalam ‘American Journal of Preventive Medicine’

Dalam penyelidikan tersebut juga dinyatakan kedua-dua tabiat tersebut boleh meningkatkan risiko mati pucuk sehingga dua kali ganda.

Dan lebih dua kali ganda lelaki sihat yang berusia antara 20 hingga 65 tahun yang menghisap vape setiap hari melaporkan mengalami masalah mati pucuk.

Sumber: Astro Awani

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!