'Ringgit boleh, Anwar Ibrahim, Mahathir, Sanusi, boleh' - The Reporter

‘Ringgit boleh, Anwar Ibrahim, Mahathir, Sanusi, boleh’

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pelbagai cara digunakan oleh peniaga untuk melariskan jualan. Jika dalam talian agak mudah sedikit untuk menarik pelanggan berbanding jualan secara fizikal.

Namun situasi itu tidak mematahkan semangat peniaga untuk terus berusaha menaikkan jualan mereka.

Bukan di Malaysia, tetapi situasi promosi perniagaan ini dijalankan di Mekah oleh seorang peniaga yang berbahasa Melayu.

Sebagai tarikan, dia menyebut beberapa perkataan Melayu dan juga ahli politik dalam negara termasuk Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Paling mengejutkan, dia juga menyebut perkataan Madani.

“Murah, murah. Silakan bapak ibu. Ringgit boleh, Anwar Ibrahim boleh, Mahathir boleh, Madani boleh. Haji Hadi boleh, Sanusi boleh.

“Promo, promo,” jeritnya.

Rata-rata pengunjung di sana terhibur dengan gelagat peniaga yang bersungguh-sungguh mempromosikan barangan mereka.

Sumber: jabbar_seorang

Total
0
Shares
Total
0
Share