'Rindu seorang anak' - Anak lelaki mangsa tanah jerlus Masjid India muncul di lokasi, beri penghormatan | The Reporter

‘Rindu seorang anak’ – Anak lelaki mangsa tanah jerlus Masjid India muncul di lokasi, beri penghormatan

Sumber Gambar: Tangkap Layar TikTok SarvaessRashbinRaj

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Bulan lalu, kita digemparkan dengan kejadian seorang wanita dari India yang terjatuh ke dalam lubang benam di Jalan Masjid India.

Sehingga kini, mangsa belum ditemui.

Beberapa hari lalu, tular kemunculan anak lelakinya di lokasi kejadian memberi penghormatan buat ibunya.

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai M.Suria dilihat membawa satu plastik bunga dan melontarkan bunga berkenaan ke lokasi ibunya terjatuh.

Jelas riak wajahnya sugul selepas berbuat demikian. Dia juga dilihat mengesat wajahnya sebelum beredar dari lokasi.

Terdahulu, Vijayaletchumy, hilang selepas terjatuh di dalam lubang sedalam lapan meter akibat kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Mangsa dan keluarganya ketika itu dalam perjalanan menuju ke sebuah kuil.

Sumber: SarvaessRashbinRaj

Related Posts