Restoran dikecam teruk kerana mempersendakan OKU di TikTok | The Reporter

Restoran dikecam teruk kerana mempersendakan OKU di TikTok

Foto dari video tular

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Sebagai pencipta kandungan, banyak perkara yang perlu diambil kira tentang kesan dan akibatnya daripada penerbitan sesebuah kandungan itu. Namun, ramai yang mengabaikan perkara ini dan apabila tercetusnya isu yang tidak diingini, mereka terpaksa menerima akibatnya.

Orang Kurang Upaya (OKU) tidak wajar dipersenda dalam apa jua jenis kandungan yang dilakukan. Kita sebagai manusia yang normal sepatutnya melindungi golongan ini, bukannya menjadikan kekurangan mereka sebagai bahan gelak ketawa. Oleh itu, adalah penting untuk kita menunjukkan rasa hormat dan empati terhadap mereka.

Namun, masih ada pencipta kandungan yang menjadikan OKU sebagai bahan jenaka untuk menghiburkan pengikut mereka di media sosial, yang mana tindakan ini sangat tidak wajar.

Baru-baru ini, sebuah akaun TikTok telah memuat naik video yang menunjukkan pekerjanya berjalan seperti OKU. Video tersebut telah mengundang kemarahan ramai kerana dianggap menghina dan tidak sensitif terhadap golongan OKU.

Berdasarkan video, pekerja terbabit berjalan dengan gaya tidak normal seperti OKU hanya kerana teman lelakinya tidak mahu dia kelihatan cantik semasa berada di tempat kerja.

https://www.tiktok.com/@amirazam94/video/7397026019380563201

Dah normal, nak jadi OKU pula

Tersinggung dengan video itu, TikToker Amir Azam tampil menegur pihak restoran berkenaan.

“Dah normal tapi nak jadi OKU pula. Kepada pemilik akaun TikTok berkenaan, saya harap boleh padamkan video berkaitan mengejek-ejek fizikal seseorang, individu-individu OKU, isu sensitiviti OKU.

“Jadi saya harap, konten-konten yang macam ni tidak patut ditunjukkan contoh kepada umum. Bahkan lagi untuk mempromosikan keda anda tempat untuk mencari rezeki,” katanya.

Semakan pada akaun TikTok tersebut, video berkenaan telah dipadamkan dan ruangan komen juga telah ditutup.

Setakat ini pemiliknya belum mengeluarkan sebarang kenyataan untuk memohon maaf di atas perbuatan mereka itu.

Related Posts