Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Debora Rebeca Xi Artola, seorang remaja berusia 15 tahun, meninggal dunia secara tragis pada 1 Ogos 2024 akibat terkena renjatan elektrik dari kabel elektrik berkuasa tinggi ketika mengambil selfie di atas bumbung rumah dua tingkat.
Kejadian tersebut berlaku di hadapan tiga rakannya yang turut berada di tempat kejadian.
Menurut laporan portal New York Post, Debora bersama rakan-rakannya sebelum itu sedang mengambil gambar di atas bumbung apabila dia secara tidak sengaja tersentuh kabel elektrik tersebut.
Renjatan elektrik yang kuat menyebabkan kepalanya terputus serta-merta, mengakibatkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
Polis masih menyiasat kejadian itu yang diklasifikasikan sebagai kemalangan dan setakat ini tiada tindakan undang-undang dikenakan terhadap rakan-rakan Debora yang turut mengalami trauma.
Sementara itu, ibu bapa Debora sangat terkejut dan sedih dengan kehilangan anak mereka. Di media sosial, ibunya berkata Debora sebagai “puteri kesayangannya” dan dia akan merindui anaknya selama-lamanya.








