Remaja perempuan dirogol 2 lelaki Rohingya yang baru dikenalinya dalam kereta di tepi Pantai Klebang - The Reporter

Remaja perempuan dirogol 2 lelaki Rohingya yang baru dikenalinya dalam kereta di tepi Pantai Klebang

Gambar hiasan

Seoran remaja perempuan berusia 15 tahun dirogol dua lelaki warga Rohingya dalam kejadian Jumaat lalu di Klebang, Melaka.

Perbuatan dua suspek itu terbongkar selepas mangsa ditemui oleh rakan abangnya pada jam 3 pagi di taman permainan di Batu Berendam, selepas dimaklumkan mengenai mangsa yang tidak pulang k rumah.

Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Zainol Samah berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada abang mangsa di Balai Polis Batang Tiga.

Siasatan awal mendapati, mangsa keluar dari rumahnya pada jam 2 petang, 14 September lalu untuk bersiar-siar dengan kenalan baharunya iaitu seorang lelaki Rohingya berusia 14 tahun.

Suspek kemudian membawa mangsa menaiki motosikal untuk berjumpa dengan suspek kedua berusia 27 tahun di Klebang.

Ketiga-tiga mereka kemudian bersiar-siar di sekitar kawasan tersebut dengan menaiki Proton Preve yang dipandu oleh suspek kedua.

Mangsa kemudian dirogol dalam kenderaan itu yang diparkirkan di tepi pantai. Selepas dirogol, mangsa ditinggalkan di sebuah taman permainan di Batu Berendam.

Pakar perubatan Hospital Melaka mengesahkan terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa. Bertindak di atas maklumat itu, polis telah menahan dua suspek terbabit pada hari sama. Suspek direman selama seminggu untuk siasatan lanjut.

Semakan mendapati, suspek pertama merupakan penganggur, manakala suspek kedua pula peniaga. Kedua-dua mereka memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Sumber: Harian Metro (Meor Riduwan Meor Ahmad)

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!