Remaja Maut Dilibas Dengan Parang - The Reporter

Remaja Maut Dilibas Dengan Parang

KOTA KINABALU – Seorang remaja lelaki maut, manakala tiga lagi parah selepas diserang dua lelaki yang tidak dikenali berhampiran pusat hiburan di Jalan Coastal, hari ini, lapor Harian Metro
Dalam kejadian jam 4.15 pagi, mayat mangsa, Yacoob Nasran, 17, ditemui terbaring di lokasi dengan dua kesan tetakan di dahi dan lehernya. 
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandran berkata, sebelum kejadian itu, mangsa bersama tujuh lagi rakannya yang berusia antara 18 hingga 20’an baru sahaja keluar dari pintu pusat hiburan berkenaan. 
“Sebaik sahaja kumpulan remaja itu keluar, mereka terserempak dengan seorang lelaki yang sedang bertengkar dengan bekas isterinya di perkarangan kaki lima bangunan tersebut. 
“Siasatan awal kemudian mendapati, suspek yang berusia 26 tahun tiba-tiba naik berang lalu menyerang kumpulan remaja berkenaan, bersama dengan seorang sepupu lelakinya. 
“Tidak cukup dengan itu, suspek turut menggunakan sebilah parang dan menghayunnya ke arah kumpulan remaja itu dan salah seorang mangsa kemudiannya terkena dua libasan di bahagian dahi serta leher sehingga menyebabkannya maut di tempat kejadian,” katanya. 
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk dibedah siasat, manakala tiga lagi rakannya yang parah kini dilaporkan stabil sebaik menerima rawatan. 
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – The Reporter
Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!