Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian muka selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi.
Menurut sumber, kemalangan itu berlaku di Lebuhraya Farquhar, berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan St. Xavier di Pulau Pinang.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang Selasa, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Vario dilaporkan merempuh kereta Perodua Myvi yang diletakkan di bahu jalan.
Kemalangan itu menyebabkan muka mangsa mengalami koyakan serius, manakala pemandu berusia 49 tahun itu pula tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mangsa kini berada di Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid mengesahkan kejadian itu dan mangsa tidak mempunyai lesen menunggang motosikal.








