Remaja autisme godam & sebar video rakaman permainan GTA 6, dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup - The Reporter

Remaja autisme godam & sebar video rakaman permainan GTA 6, dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Penggodam (hacker) yang menyebarkan video rakaman permainan GTA 6, Arion Kurtaj, 18, sehingga menyebabkan Rockstar Games mengalami kerugian sebanyak $5 juta, dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup di penjara hospital kerana ancaman jenayah siber yang berterusan.

Laporan BBC, hakim pada hari Khamis memutuskan bahawa Kurtaj merupakan ancaman serius kepada masyarakat kerana dia tidak menyerah keinginannya untuk terlibat dalam jenayah siber.

Untuk pengetahuan, Kurtaj adalah sebahagian daripada ahli kumpulan Lapsus$, kumpulan penggodam yang menyasarkan pembangun (dev) GTA 6, Rockstar Games dan syarikat lain seperti Uber dan Nvidia.

Juri di London pada Ogos menyimpulkan bahawa Kurtaj bertanggungjawab di atas serangan siber yang dilakukan, tetapi dia tidak dibicarakan atas jenayahnya kerana dia disahkan autisme dan tidak layak untuk dibicarakan. Juri hanya perlu menentukan jika dia melakukan perbuatan yang dituduh.

Hakim juga dimaklumkan bahawa Kurtaj bertindak agresif semasa dalam tahanan dengan puluhan laporan kecederaan dan kerosakan harta benda.

Penilaian kesihatan mental juga menunjukkan Kurtaj berterusan menyatakan niat untuk kembali ke jenayah siber secepat mungkin. Dan disebabkan itu, dia akan kekal di penjara hospital seumur hidup sehingga doktor mengesahkan dia selamat untuk dibebaskan.

Kurtaj dibebaskan dengan jaminan atas pertuduhan menggodam Nvidia dan BT / EE, sebuah syarikat telekom British, ketika dia menyebarkan 90 video rakaman permainan GTA 6 pada September.

Ketika berada di bawah perlindungan polis di sebuah hotel, Kurtaj mengambil kesempatan untuk menggodam Rockstar Games dengan menggunakan Amazon Fire Stick di bilik dan telefon pintar, papan kekunci dan tetikus yang baru dibeli.

Kurtaj ditangkap untuk kali terakhir selepas insiden tersebut.

Sementara itu, seorang lagi ahli Lapsus$ berusia 17 tahun menerima hukuman khidmat masyarakat selama 18 bulan dan dilarang menggunakan sebarang rangkaian peribadi maya.

Treler rasmi untuk GTA 6 telah dikeluarkan awal bulan ini, dan mendapat ratusan juta tontonan walaupun penyebaran video oleh Kurtaj dan pelepasan awal treler di X (dahulu Twitter).

Sumber: BBC

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!