'Ini muka aku ni!' - Lelaki tuntut pampasan kerana Rockstar Games guna wajahnya dalam video treler GTA VI - The Reporter

‘Ini muka aku ni!’ – Lelaki tuntut pampasan kerana Rockstar Games guna wajahnya dalam video treler GTA VI

Beberapa hari lalu, Rockstar Games menayangkan treler pertama untuk Grand Theft Auto (GTA) VI. Ada segelintir peminat mengaitkan beberapa babak dalam treler itu dibuat berdasarkan kejadian sebenar. Termasuk gambaran watak seorang banduan bertatu yang didakwa merujuk kepada Lawrence Sullivan atau dikenali sebagai ‘Florida Joker’.

Kini, Sullivan tampil memberi responnya berhubung video treler itu dan meminta penjelasan daripada Rockstar Games.

Dalam video treler itu menunjukkan klip berita pendek menunjukkan salah seorang watak yang kelihatan seperti Joker, dengan rambut berwarna ungu, tatu di muka dan memakai pakaian banduan.

Untuk pengetahuan, Sullivan pada tahun 2017 pernah tular di media sosal kerana penampilannya yang menarik perhatian ramai. Dia digelar sebagai ‘Florida Joker’ kerana tatu di muka dan rambutnya berwarna hijau.

“Ramai yang kata saya berhalusinasi, kata yang saya bukan Joker dalam video treler GTA 6.

“Itu adalah saya, mereka mendapat inspirasi daripada saya. Nampak tak? Itu adalah saya. GTA, kita perlu berbincang,” katanya.

Bagaimanapun corak tatu dan warna rambut pada watak dalam video tersebut, adalah berbeza dengan Sullivan.

Setakat ini, Rockstar tidak mengeluarkan sebarang maklum balas mengenai dakwaan Sullivan.

Sebelum ini, Rockstar juga pernah disaman oleh pelakon Lindsay Lohan berhubung penggunaan wajahnya pada karekter dalam Grand Theft Auto V (5). Namun, Mahkamah Tinggi New York membatalkan saman itu pada 2016, mengisytiharkan permainan itu hanya sekadar fiksyen.

Sumber: Benzinga

Total
0
Shares
Total
0
Share
error: Content is protected !!