Remaja 14 tahun meninggal dunia ketika bermain bola | The Reporter

Remaja 14 tahun meninggal dunia ketika bermain bola

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Sabtu yang lalu, seorang remaja lelaki berusia 14 tahun tiba-tiba rebah ketika bermain bola sepak di sebuah padang bola di Semenyih, Kajang.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Naazron Abdul Yusof mengesahkan kejadian it di mana pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki yang juga jurulatih sebuah kelab bola sepak, kira-kira jam 4.08 petang.

Siasatan mendapati, mangsa rebah secara tiba-tiba lalu dibawa ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan. Tetapi dirujuk ke Hospital Kajang.

Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada jam 2.02 petang hari yang sama.

Laporan bedah siasat menunjukkan mangsa mengalami masalah komplikasi jantung dan asma. Polsi mengklasifikasikan kes ini sebagai laporan mati mengejut.

Difahamkan, mangsa suka bermain bermain bola sejak dari kecil lagi dan menghidap penyakit asma.

Ibu bapa dinasihatkan untuk memastikan anak-anak berada dalam keadaan sihat sebelum menyertai mana-mana aktiviti sukan.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts