Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Kementerian Pengangkutan (MOT) telah memperkenalkan inisiatif pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk tempoh 10 tahun dengan kadar bayaran istimewa.
Menerusi satu ciapan, pembaharuan lesen tersebut juga dikatakan tidak lagi dalam bentuk kad fizikal tetapi melalui aplikasi MyJPJ. Bayaran yang dikenakan bagi tempoh 10 tahun tersebut adalah sebanyak RM270.
Difahamkan, pembaharuan lesen melalui talian sudah berkuatakuasa pada bulan Ogos.
Rata-rata netizen gembira dan menerima dengan baik cara pembaharuan tersebut dimana pengguna tidak lagi perlu membuat pembaharuan di mana-mana kaunter yang terlibat.
Walau bagaimanapun, ada individu yang menyatakan pembaharuan lesen tersebut hanya terpakai di dalam negara sahaja. Beliau yang ketika itu berkunjung ke Thailand telah disaman oleh pihak berkuasa di sana gara-gara tidak memaparkan lesen fizikal.
“Kalau bawa kenderaan ke Thailand, polis sana minta kita tunjukkan kad fizikal. Kalau tak ada, boleh kena saman,” katanya.
Walaupun dia menerangkan pembaharuan sistem yang dilakukan di Malaysia, pihak berkuasa Thailand enggan tidak menerima alasan tersebut dan akhirnya mereka tetap dikenakan saman.
“Puas aku terangkan Malaysia dah tak pakai kad fizikal, tapi kena saman juga,” katanya.
Selain itu juga, pembaharuan kad ini juga dilihat meresahkan ramai pihak apabila melibatkan aplikasi yang mungkin sukar dikendalikan oleh warga emas.