Rakyat Rusia serbu airport, bantah pesawat Red Wings yang membawa penumpang Israel dari Tel Aviv mendarat di Dagestan - The Reporter

Rakyat Rusia serbu airport, bantah pesawat Red Wings yang membawa penumpang Israel dari Tel Aviv mendarat di Dagestan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Sekumpulan besar warga Rusia menyerbu lapangan terbang Dagestan untuk mencari warga Israel, berikutan terdapat laporan yang mengatakan sebuah pesawat yang membawa penumpang Israel tiba di negara itu.

Beratus-ratus warga Rusia menyerbu lapangan terbang Makhackala di republik Rusia itu untuk membantah pendaratan sebuah pesawat Red Wings yang datang dari Tel Aviv, lapor agensi berita dan media sosial Rusia.

Penerbangan Red Wings dilaporkan terpaksa melencong dari lapangan terbang berkenaan berikutan kehadiran orang ramai dan mendarat di destinasi berbeza, lapor rangkaian televisyen Israel, Channel 12.

Bagaimanapun, rusuhan turut berlaku di lokasi lain dan para penumpang diminta untuk terus kekal di tempat duduk, sementara polis rusuhan dipanggil untuk melindungi mereka.

Ramai warga Rusia yang datang membawa bendera Palestin dan melaungkan Allahuakbar, serta memegang sepanduk bertulis, “Pembunuh kanak-kanak tiada tempat di Dagestan!’, lapor agensi berita Rusia.

Beberapa video tular di media sosial menunjukkan warga Rusia memeriksa pasport penumpang yang tiba di Makhackala.

Difahamkan, Dagestan merupakan wilayah yang didiami majoriti penduduk beragama Islam. Wilayah itu dianggap sebagai pusat komuniti Islam.

Ekoran dari kejadian itu, pihak berkuasa telah menutup lapangan terbang berkenaan. Tiada sebarang pesawat yang dibenarkan mendarat di lapangan terbang itu sehingga 6 November.

Sumber: Daily Mail

Total
0
Shares
Total
0
Share