'Rak Stereng sahaja RM3.2K!' - Wanita terkejut kos baiki Viva RM6.3K, mekanik tampil beri penjelasan - The Reporter

‘Rak Stereng sahaja RM3.2K!’ – Wanita terkejut kos baiki Viva RM6.3K, mekanik tampil beri penjelasan

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Baru-baru ini, seorang wanita menzahirkan rasa terkejut apabila dia dikenakan bayaran lebih RM6,277 bagi kos membaiki kereta Perodua Viva miliknya.

Berdasarkan gambar resit yang dikongsikan di platform X, jumlah tersebut merangkumi 15 komponen, termasuk penjajaran tayar, minyak stereng dan lain-lain dengan caj buruh sebanyak RM600.

Bil kos baik pulih yang diterima oleh pengadu

Namun, apa yang menarik perhatian adalah harga rak stereng (steering rack) yang berharga RM3,200.

Dalam hantaran itu, pengadu menegaskan keretanya berada dalam keadaan baik dan sentiasa diselenggara mengikut jadual. Pengadu merasakan dirinya telah ditipu oleh pihak bengkel tersebut.

“Saya tidak pernah memandu lebih dari 100,000 km,” katanya.

Mekanik tampil beri penjelasan

Semakan mendapati, hantaran itu telah dipadamkan tetapi masih lagi tular di media sosial sehingga menarik perhatian mekanik bengkel yang tampil memberi penjelasan.

Menurut Muhammad Zulfaqqar, dia telah memaklumkan kepada pelanggan mengenai harga rak stereng tersebut mahal kerana alat ganti itu sukar didapati berikutan pihak Perodua telah menghentikan pengeluarannya. Dan pada masa ini, hanya vendor yang menyediakan alat ganti yang sukar didapati itu.

Sebutharga dari Perodua yang dikongsikan oleh Muhammad Zulfaqqar

“Kan dah beritahu alat ganti itu mahal dan Perodua sudah hentikan pengeluarannya. Saya pun tak ada simpan stok dan sudah bertahun tak dapat stok rak stereng Viva.

“Kalau nak yang baru, saya kena buat tempahan dari Perodua dan ambil deposit dari pemilik kereta. Dalam simpanan saya pun hanya ada stok Taiwan sahaja.

Rak stereng tulen | Sumber gambar: FB Muhammad Zulfaqqar

Sudah maklumkan harga

“3 Oktober lalu iaitu sebelum tarikh dalam bil (10 Oktober) yang tular itu, saya ada post tentang rak stereng ini yang harganya boleh beli tiga batang rak stereng Myvi tulen. Ingat saya ambil kos rak stereng itu RM150 dan pergi jual sampai harga RM3,000?

“Ramai pula yang menjadi batu api, racun pemilik kereta untuk buat aduan pada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN). Ada juga yang membandingkan dengan barang halfcut atau recond atau dari China,” katanya.

Muhammad tidak menghalang sekiranya individu yang mahu membuat aduan kepada KPDN kerana dia mempunyai bukti perbualan dalam aplikasi WhatsApp di mana pemilik kereta sudah bersetuju dengan harga yang dimaklumkan sebelum ini.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!