Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pelakon dan aktivis, Rafidah Ibrahim merupakan antara empat individu yang ditahan polis selepas dipercayai merancang untuk menganjurkan satu perhimpunan yang berpotensi mencetuskan kekecohan semasa Majlis Pecah Tanah di Kampung Sungai Baru, di sini pada Ahad.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata kesemua individu berkenaan ditahan pada 8.50 pagi, susulan maklumat mengenai perhimpunan yang dijadual berlangsung pada 8.00 pagi di kawasan majlis tersebut.
Menurut beliau, empat suspek berusia 39 hingga 47 tahun itu terdiri daripada seorang lelaki Melayu, seorang lelaki India serta dua wanita Melayu.
“Ketika ditahan, mereka didapati menjerit dan menimbulkan gangguan ketenteraman awam di lokasi majlis,” katanya.
Baca juga:
- Izreen Azminda syukur, pertikaian dengan Intan Salleh berakhir secara damai
- Pendakwah tegur video tular pempengaruh review makanan
- Wanita warga emas maut dipercayai ditetak
Seruan protes dimuat naik di TikTok
Fadil memaklumkan, satu hantaran di TikTok pada 28 November yang didakwa dimuat naik oleh individu terbabit mengajak orang ramai turun berprotes sempena majlis pecah tanah tersebut.
“Penahanan ini dibuat di bawah Seksyen 105 Kanun Keseksaan kerana suspek disyaki menjadi dalang perhimpunan tersebut.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut undang-undang sedia ada. Langkah pencegahan ini diambil untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara,” katanya.
Sumber: Sinar Harian









